Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau
apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya
“Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt
ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya
turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan
di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan
kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh
burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak
dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq”
manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman
as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman
ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn
jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal
ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya
serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga
dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang
yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;
Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan
kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya
dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya
tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi
kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir
(Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada
ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani,
kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku
sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum
ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa
Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau
dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat
hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh
membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa
Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt
utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu
ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini,
selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah
sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama
dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa.
Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14
bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami
bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka
bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari.
Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan
hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu
37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya
lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu,
apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu
sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn
menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud
Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu
pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya
kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh
pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita
sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor
itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib
kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib,
Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama
panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari
itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga
pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh
kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa.
Di antara kemampuan Dajjal ialah:
Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam
akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun
berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari
biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga
hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan
kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah
mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah
kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.
Begituj uga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org
yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn
Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti
(makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam
kelaparan dan kebuluran.
Dalam
hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan
oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi
menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir,
bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan
makanan.” H.R Ibnu Majah
Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga
dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan
kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar
adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu
sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu.
Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti
kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih
pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer
dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah!
Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi
menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist”
(hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun
demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam
yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah
masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s
1 komentar:
yek ngopy blogku
Posting Komentar